Saturday, December 6, 2008

Malam Di Masjid Sri Petaling

Malam tadi sembahyang magrib dan Isyak di masjid Sri Petaling... Bayan lepas magrib citer pasal kehidupan selepas mati dan tugas manusia sebelum mati.. Ringkasnye terjemahan bayan malam tadi..
Tuan-tuan yang dimuliakan Allah... Manusia hidup di dunia tak lama... 60-70 tahun... kalau kita pergi ke perkuburan kita boleh baca pada batu nesan.. ada yang mati pada usia 80 tahun...ada yang mati pada umur 50 ada yang 35 dan ada yang baru 6 bulan.. Allah yang menjadikan matahari dan bulan yang mana Allah s.w.t telah memerintahkan matahari bergerak mengikut laluannya.. sekiranya bumi ini didekatkan sedikit sahaja kepada matahari maka akan terbakar bumi ini... dan kalau di jauhkan sedikit maka dunia ini akan menjadi terlalu sejuk... Oleh itu tuan yang mulia... Maha suci Allah yang menetapkan kedudukan bumi pada kedudukan yang sesuai danselamat untuk kehidupan...

Nabi Menyebarkan Dakwah...
Pada zaman nabi Muhamad s.a.w ... orang arab bila musim sejuk pergi ke Syam dan musim panas pergi ke Yaman... dan musim haji akan ada orang sekitar akan mengerjakan haji di mekah... Nabi Muhamad s.a.w tuan yang mulia selepas dapat perintah menyebarkan agama Islam... telah pergi dari lorong-ke lorong dari rumah ke rumah untuk menyampaikan agama... ada satu ketika... nabi pergi berjumpa orang yang melakukan haji dan mengatakan kepada mereka... Ucaplah Lailahaillalah... nescaya kamu akan berjaya... masa tu musim panas.. cuaca amat panas... Abu Jahal dan kawan-kawanya pergi kepada nabi dan memukul nabi dengan kuat... sehingga terjatuh dari bukit pasir... Fatimah anak nabi dapat tahu berita tersebut dan pergi mendapatkan ayahandanya... dan menangis simpati melihat keadaan nabi... nabi memujuk Fatimah supaya jangan menangis sebab Allah telah memberinya amanah untuk menyampaikan Islam... Begitulah tuan-tuan yang mulia... bagaimana nabi bersusah payah untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia... Nabi di hantar untuk memberi rahmat ke seluruh alam... semua mahkluk mendapat rahmat dengan kelahiran dan kerasulan Nabi Muhamad s.a.w... Ada lagi.. satu ketika tuan yang mulia... setelah nabi medapat tentangan yang hebat di Mekah... nabi telah membuat keputusan untuk menyampaikan Islam keTaif... sampai di Taif tidak menyambut kedatangan nabi malah dikumpulkan budak nakal untuk membaling nabi dengan batu... dikatakan sejauh 8 km... nabi terus berlindung ke sebuah wadi atau kebun kurma milik seorang yang kenalnabi.. dia telah memberikan anggur dan air kepada nabi.. tap nabitak minum.. tapi nabi beritahu kepadanya ucaplah Lailahailallah nescaya kamu akan berjaya... begitulah fikir nabi... macamana nak selamatkan manusia dari neraka dan masuk ke dalam syurga Allah... jadi sunah nabi ni ada dua.. satu dalam bentuk lahir... iaitu cara berpakaian, cara makan, bercakap berjalan dan sebagainya tapi lagi satu sunah ialah cara nabi berfikir... iaitu macamana nak selamatkan manusia sehingga ke akhir zaman untuk taat perintah Allah dan dapat masuk syurga dan terhindar dari neraka Allah. Inilah fikir nabi dan kita nak ambil fikir risau nabi ni untuk jadi fikir risau kita... jadi siapa sedia Insyaalah keluar ke jalan Allah... 4 bulan..... 40hari... 3hari.. buat taklim.. 2jam jumpa manusia.. sembahyang jemah.. insyaalah semua azam... jangan ingat kelemahan yang ada... ingat pada kekuasaan dan rahmat Allah.. Tuan-tuan yang mulia Allah sebut dalam Al -Quran agar manusia sembahyang dan keluarkan zakat.. dan tuhan tak terangkan dengan secara terperinci... tetapi tuan yang mulia Allah mengajar manusia buat usaha dakwah untuk bawak manusia dekat dengan Allah dalam banyak ayat... jadi Insyaallah... kita azam untuk jadikan usha dakwah maksud hidup kita dimuka bumi insyaallah semua azam...

Karkun sehari...
Ana dengan jemaah keluar ke Australia.. jumpa dengan sorang muslim di sana.. seorang pemuda sudah beri nama untuk keluar kejalan Allah... tetapi petang telefon bagitau tak boleh sebab ibu dia tak benarkan... jemaah usuli dihantar 2 orang untuk memujuk ibu budak tersebut... ibu tidak membenarkan dengan mengatakan... inilah saje anak lelaki saya.. ayahnya dah meninggal waktu dia kecil lagi... jangan lah ambil dia... tetapi pagi-pagi lagi... nampak budak tu datang untuk keluar 2 hari sabtu ahad... ditanya kenapa datang kan ibu tak benarkan... dia bagi tau ... pagi tadi ibu suruh pergi... lepas keluar 2 hari balik kerumah... anak tadi tanya kepada ibu... kenapa bagi keluar... ibu bagi tahu...malam lepas jemaah ususi balik ibu terfikir... orang ni datang dari jauh... nak bawak anak ke tempat yang baik... tapi ibu tak bagi... dalam berfikir tu ibu tertidur... dalam tidur ibu mimpi.. anak kesayangannya.. lari ke arah bukit... air bah makin naik.. kemidiah dtang orang naik kapal nak selamatkan... kemudian anak pun naik kapal dan bukit pun tenggelam... itu yang ibu suruh pergi ikut.... sekian Assalamualaikum..

No comments: